Showing posts with label Akhir Zaman. Show all posts
Showing posts with label Akhir Zaman. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

Gambaran Manusia Yang Berdosa di Padang Masyar

BERWAJAH KERA 
Suka menabur fitnah sesama manusia 

BERWAJAH KHINZIR (babi) 
Suka memberi & menerima rasuah 

BUTA KEDUA BELAH MATA 
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman 

PEKAK DAN BISU 
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain. 

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI 
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya. 

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS 
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran 

BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT 
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan 

BERJALAN SEPERTI MABUK 
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid 

RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR 
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti 

TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI 
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling 

WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR 
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun 

PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT 
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat 

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI 
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi 

TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT 
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah 

BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN 
Suka melakukan zina 

MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API 
Suka makan harta anak yatim 

KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS 
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya 

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lln.
baca selengkapnya...

Wednesday, February 9, 2011

IMAM MAHDI akan muncul di BRUNEI/MALAYSIA?

Artikel ini dipetik dari sebuah forum di http://www.topix.comAnda hendaklah membacanya dengan fikiran yang tenang dan terbuka. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayah-Nya. Hanya Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Wallahualam...

Siapakah Imam Mahdi? didalam ajaran Islam, Imam Mahdi ialah seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.


Hal ini diterangkan sangat jelas dalam sebuah hadis nabi yang di riwayatkan oleh Thabrani.



Telah bersabda Rasulullah s.a.w,“Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.”(HR. Thabrani)


SEJAK dahulu hinggalah ke hari ini masalah siapakah sebenarnya AI-Mahdi tidak henti-henti menjadi perkara yang diperbahaskan. Akibat daripada itu, terdapat setengah golongan umat Islam yang cuba mengandaikan seseorang sebagai Al-Mahdi. Sementara setengah pihak pula (Ahlu Sunnah WaI Jamaah) tidak menetapkan seseorang sebagai Al-Mahdi, sebaliknya men­yerahkan perkara tersebut kepada urusan Allah SWT. Apa yang penting bagi kita ialah yakin akan kemunculannya sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW.

Kerana Tidak ada seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya, kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Rasulullah dibimbing oleh wahyu. Oleh sebab itu bagi kita sebaik-baiknya tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda Rasulullah katakan dalam hadis-hadisnya sbb:

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,“Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.”(HR. AbuDawud dan al-Hakim)
Telah bersabda Rasulullah s.a.w,“Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.”(HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim).

Menurut riwayat hadith yang sah, Imam Mahdi dikatakan akan muncul dari negara negara belahan sebelah timur, jadi ada kemungkinan bahawa negara Islam timur di rantau Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ini di diriwayatkan didalam hadith Rasullah SAW. iaitu:-

Sabda Nabi SAW:
Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun.(Ibnu Majah)

Sabda Nabi SAW:
Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.

Bagi menjelaskan siapakah sebenarnya Ai-Mahdi, marilah kita merujuk kepada kitab-kitab para ulama Islam yang mu’tabar dan diakui kesahihannya. Di antara kitab-kitab tersebut ialah Al-Hawi Lii Fatawa karangan Imam As-Suyuti, Mukhtasar Fil Mahdi Al-Muntadzar dan As-Sawaiqul Mukhriqat karangan Ibnu Hajjar Al-Haitami, At-Tawadhihu Fl Tawaturi Ma Jaa Fil Muntadziri Waddajal Wal Masihi karangan Al-Allamah As­Syaukani, Ibrazul Wahmil Maknun Min Kalam Ibni Khaldun karangan Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari dan banyak lagi kitab-kitab lainnya yang menerangkan secara jelas tanda-tanda dan sifat-sifat Al-Mahdi sebagaimana yang disebutkan oleh hadits-hadits Rasulullah SAW.

Kitab-kitab tersebut menerangkan bahawa nama Al-Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah sementara gelarannya pula ialah Abu Abdullah. Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa Al-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali sebagaimana yang tersebut di dalam hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam Sunannya,

“Telah berkata Ali sambil memandang puteranya ­Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SA W. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”

Abu Thahir Muhd Syamsul Haq dalam kitabnya ‘Aunal Ma’bud (syarah Sunan Abu Daud), memetik kenyataan Al-­Hafiz Imanuddin yang menyebut bahawa hadits-hadits mengenai Al-Mahdi menunjukkan bahawa Ia dari ahli bait Rasulullah SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin Ali.(sila rujuk kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II m.s 374 dan 382)

Tersebut di dalam kitab Hasyiah As-Sabban ms 137, bahawa riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Al-Hussin adalah terlalu lemah. Sementara di dalam kitab Al-Iza’ah m.s 147 riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan AI-Hussin bin Ali adalah dha’if.

Terdapat juga hadits-hadits yang menyatakan bahawa Al-Mahdi dari keturunan Al-Abbas bin Abdul Muttalib. Maka para ulama hadits menghimpunkan hadits yang berlawanan. Iaitu hadits-hadits yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali adalah sah dan hadits yang mengatakan AI-Mahdi dari keturunan Al-Abbas dan Al.Hussin adalah dha’if

Jadi Mengikut riwayat-riwayat yanbg sah diatas, Imam Mahdi berasal dari keturunan Sayyidina Hassan r.a. Tetapi di manakah keturunan Sayyidina Hassan r.a. masa ini berada?
Pada masa ini kita tidak tahu di mana sahaja keturunan dari Sayyidina Hassan r.a. berada. Mungkin sahaja di tanah arab dan mungkin juga di mana-mana pada masa ini. Mungkin artikel ini sangat berguna untuk kita merujuk jika benarnya suatu hari nanti tentera Imam mahdi ada yang terdiri dari rantau tanah Melayu.

Pengasas kesultanan Ahlul Bait di Pontianak

Sayyid Abdul Rahman Al-Qadri ibni Sayyid Hussin ibni Sayyid Ahmad ibni Sayyid Hussein ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid Salim ibni Sayyid Aqil ibni Sayyid Abdullah ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid Salim ibni Sayyid Ahmad ibni Sayyid Abdul Rahman ibni Sayyid Ali ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid HassanAl-Muallim ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid Hassan ibni Sayyid Ali ibni Muhammad Fakeh Al-Maqdam ibni Ali ibni Muhammad Sahib Mirbath ibni ‘Ali Khali’ Qasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Al-Syeikh Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirullah ibni ‘Isa Al-Rumi ibni Muhammad Al-Naqib ibni Ali Al-Uraidhi ibni Jaafar As-Sadiq ibni MuhammadBaqir ibni Ali Zainal Abidin ibni Al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW.

Pengasas kesultanan Ahlul Bait di Kelantan dan Pattani (Thailand) lama

Sultan Adiluddin ibni Nik Jamaluddin ibni Wan Abul Muzaffar ibni Sultan Abu Abdullah (Wan Bo) ibni Ali Alam (Ali Nurul Alam) ibni Jamaluddin Al-Husain (Sayyid Hussein Jamadil Kubra ) ibni Ahmad Syah Jalal ibni Abdullah ibni Abdul Malik ibni Alawi Amal Al-Faqih ibni Muhammad Syahib Mirbath ibni ‘Ali Khali’ Qasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Al-Syeikh Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirullah ibni ‘Isa Al-Rumi ibni Muhammad Naqib ibni Ali Al-Uraidhi ibni Jaafar As-Sadiq ibni Muhammad Al-Baqir ibni ‘Ali Zainal Abidin ibni Al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW .

Pengasas kesultanan Ahlul Bait di Kelantan moden

Long Baha ibni Wan Daim ibni Nik Mustapha (Po Rome) ibni Wan Abul Muzaffar ibni Sultan Abu Abdullah (Wan Bo) ibni Ali Alam (Ali Nurul Alam) ibni Jamaluddin al-Husain ( Sayyid Hussein Jamadil Kubra ) ibni Ahmad Syah Jalal ibni Abdullah ibni Abdul Malik ibni Alawi Amal Al-Faqi h ibni Muhammad Syahib Mirbath ibni ‘Ali Khali’ Qasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Al-Syeikh Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirullah ibni ‘Isa Al-Rumi ibni Muhammad Naqib ibni ‘Ali Al-Uraidhi ibni Jaafar As-Sadiq ibni Muhammad Al-Baqir ibni ‘Ali Zainal Abidin ibni Al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW.

Pengasas kesultanan Ahlul Bait di Champa

Sultan Abu Abdullah (Wan Bo) ibni Ali Alam (Ali Nurul Alam) ibni Jamaluddin Al-Husain ( Sayyid Hussein Jamadil Kubra ) ibni Ahmad Syah Jalal ibni Abdullah ibni Abdul Malik ibni Alawi Amal Al-Faqih ibni Muhammas Syahib Mirbath ibni ‘Ali Khali’ Qasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Al-Syeikh Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirullah ibni ‘Isa Al-Rumi ibni Muhammad Naqib ibni ‘Ali Al-Uraidhi ibni Jaafar As-Sadiq ibni Muhammad Al-Baqir ibni ‘Ali Zainal Abidin ibni Al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW .

Pengasas kesultanan Ahlul Bait di Maguindanao

“ Syarif Muhammad Kebungsuwan ibni Syarif Ali Zainal Abidin ibni Sayyid Abdullah ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid Ali ibni Sayyid Abdullah ibni Sayyid Alawi Amal Al-Faqih ibni Sayyid Muhammad Shahib Mirbath ibni Ali Khali’ Qasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirullah ibni Isa Al-Rumi ibni Muhammad Naqib ibni Ali al-Uraidhi ibni Jaafar As-Sadiq ibni Muhammad Al-Baqir ibni Ali Zainal Abidin ibni Al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW”.

Pengasas kesultanan Ahlul Bait di Sulu

“ Sayyid Abu Bakar ibni Syarif Ali Zainal Abidin ibni Sayyid Muhammad ibni Sayyid Ali ibni Sayyid Abdullah ibni Sayyid Alwi ibni Sayid Muhammad Shahib Mirbath ibni Ali Khali’ Qasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirullah ibni Isa Al-Rumi ibni Muhammad Naqib ibni Ali Al-Uraidhi ibni Jaafar As-Sadiq ibni Muhammad Al-Baqir ibni Ali Zainal Abidin ibni Al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW “.

Pengasas kesultanan Ahlul Bait di Banten dan Cirebon

Syarif Hidayatullah ibni Abdullah (Umdatuddin) ibni Ali Alam (Ali Nurul Alam) ibni Jamaluddin Al-Hussein ( Sayyid Hussein Jamadil Kubra ) ibni Ahmad Syah Jalal ibni Abdullah ibni Abdul Malik ibni Alawi Amal Al-Faqih ibni Muhammad Shahib Mirbath ibni Ali Khali’ Qasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawi ibni Ubaidillah ibni Ahmad Muhajirullah ibni Isa Al-Rumi ibni Muhammad Naqib ibni Ali Al-Uraidhi ibni Jaafar As-Sadiq ibni Muhammad Al-Baqir ibni Ali Zainal Abidin ibni Al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW

Salasilah Tun Habib Abdul Majid, bapa kesultanan Pahang, Terengganu & Johor (serta Riau dan Selangor dari sebelah cundanya Tengku Mandak)

Tun Habib Abdul Majid ibni Maharaja Sri Diraja ibni Ali Zainal Abidin ibni Abdullah ibni Syeikh ibni Abdullah ibni Syeikh ibni Abdullah ibni Abu Bakar As-Syukran ibni Abdul Rahman As Saqaf ibni Muhammad Mauli Ad Dawilah ibni Ali ibni Alwi ibni Muhammad Faqih Al Muqaddam ibni Ali ibni Sayyid Muhammad Mirbath ibni Ali Khlaiq Khasam ibni Alawi ibni Muhammad ibni Alawiy ibni Ubaidillah ibni Ahmad al-Muhajir ibni Isa ar-Rumi ibni Muhammad an-Naqib ibni Ali al-Uraidhi ibni Jaafar Sadiq ibni Muhammad Baqir ibni Ali Zainal Abidin ibni Sayyidina al-Hussein ibni Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAW
Wallahu a'lam..

Dari salasilah di atas tadi, dapatlah kita ketahui kesultanan Brunei adalah berasal dari keturunan Sayyidina Hassan r.a. Pada zaman dahulu, keturunan kesultanan Brunei ada yang merantau ke daerah-daerah lain Seperti di Sarawak, Sabah, Sambas dan juga Sulu (Selatan Filipina). Meraka memakai gelaran dari nama Pengiran dan sehingga kini, Pengiran-pengiran bukan sahaja berada di Brunei. Tetapi pengiran-pengiran juga terdapat di Sarawak, Sabah, Labuan.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”(HR. Muslim dan Ahmad)

Abu Sa’eed al-Khudri reported that the Messenger of Allaah (Peace & Blessings of Allaah be upon Him) said: "At the end of the time of my ummah, the Mahdi will appear. Allaah will grant him rain, the earth will bring forth its fruits, he will give a lot of money, cattle will increase and the ummah will become great. He will rule for seven or eight years.(Mustadrak al-Haakim, 4/557-558; he said: this is a hadeeth whose isnaad is saheeh, although it was not reported by al-Bukhaari and Muslim. Al-Dhahabi agreed with him, and al-Albaani said: this is a saheeh sanad, and its men are thiqaat (trustworthy), Silsilat al-ahaadeeth al-saheehah, vol. 2, p. 336, hadeeth 771)

Menurut hadith ini, jikalau kita kaji betul2..Imam Mahdi akan dikurniakan harta kekayaan yang melimpah ruah dan dengan harta kekayaan itu, akan dia gunakan untuk menguatkan Ummah. Seperti yang kita tahu siapakah antara orang Islam yang terkaya didunia pada masa ini?? Jawapannya Sultan Brunei.antara kesultanan kesultanan yang terdapat dirantau melayu..Kesultanan Brunei iaitu keturunan Saiyidina Hassan lah yang paling kaya dan berkuasa. Dan jika kita lihat hadith diatas betul2..ada ayat yg mengatakan bahawa "he will give a lot of money, Cattle will increase..". Untuk pengetahuan pembaca sekalian. Kesultanan Brunei sebenarnya memiliki sebidang tanah di Australia yang sangat luas sejauh mata memandang melebihi keluasan Negara Brunei Sendiri. Dimana Tanah ini sedang digunakan untuk tujuan industri pertenakan binatang2 seperti lembu dan kambing.

Kesultanan Brunei telah banyak melakukan amal jariah dan zakat kejalan Allah tanpa diheboh hebohkan dan berkira. Antara fakta dan kekayaan dan kemurahan sultan Brunei adalah :-



Raja Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah pada tgl 7 oktober ‘09 yg lalu, di International Convention Centre Bandar Seri Begawan menyerahkan dana zakat harta sekitar B$ 90 juta [sekitar Rp. 850 milyar..!!] untuk 4.084 keluarga miskin, termasuk 190 orang dikategorikan sebagai algharimin, atau orang yang berhutang.
Setiap kepala keluarga akan menerima $ 20,000 [sekitar Rp. 190.000.000], sementara tanggungan mereka menerima $ 10.000 [sekitar Rp. 95.000.000]= WOW….!!!
Para penerima zakat tersebut akan menerima bantuan keuangan bulanan untuk menutupi biaya pengeluaran makanan, minuman, biaya hidup sehari-hari, biaya sekolah dan biaya sewa rumah.

By Nash Maulana
Mindanao Bureau
First Posted 17:53:00 01/31/2009

Filed Under: Islam, Religion & Belief, Foreign affairs & international relations

COTABATO CITY, Philippines -- Brunei's Sultan Hassanal Bolkiah, who is currently on a state visit to the Philippines, is funding the construction of the country's biggest mosque at the seaside village of Inawan here.

Ustadz Mohammad Sulaiman, a Maguindanaon scholar and translator of the Koran into the local dialect, said the five-hectare site of the project was donated by the family of Cotabato City and Maguindanao first district Representative Didagen Dilangalen.

"Of all his projects, this is the best, so far," Sulaiman told the Inquirer on Saturday.

"This will certainly help in the creation of an ideal community as it will become a venue for preaching to a larger number of people," he added.

Aside from a mosque, the $48-million project includes a library building, a physical center for the Dharul Ifta (House of Opinion), and buildings for a tertiary school on Islam, according to Sulaiman.

Earlier, Dilangalen said that he was allotting a portion of the 50-hectare family estate to socialized housing project where retiring local journalists would be accommodated provided the home lots would not be sold to third parties.

During a groundbreaking ceremony on January 9, Dilangalen confirmed the foreign funding for the mosque, which would be named after the Sultan of Brunei.

The lawmaker, however, said Brunei would be directly paying the contractor and that he will not be handling a single centavo from the fund.

He said he only facilitated in the legalities to ensure the "proper entry and utilization of the fund as intended by the donor, the Royal Government of Brunei."

KEBETULAN?? WALLAHUAKLAM..


Sementara Kesultanan Melayu yang terdapat dimalaysia dan indonesia dari keturunan Al-Hussin tidaklah begitu menyerlah dan tidak berkuasa.

Memang betul seperti riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan Al-Hussin adalah terlalu lemah. Sementara di dalam kitab Al-Iza’ah m.s 147 riwayat yang mengatakan Al-Mahdi dari keturunan AI-Hussin bin Ali adalah dha’if. KEBETULAN?? Waallahuaklam..

Ini hanyalah pendapat saya dari pengamatan yang saya lakukan. Dan hanya Allahlah yang menentukan segalanya dan hanya Allahlah yang mengetahui siapakah yang akan diangkat menjadi pemimpin kita semua.

Jika di takdirkan Allah suatu hari nanti, Imam Mahdi lahir di rantau sini, kita akan merasa amat beruntung sekali kerana kitalah yang paling dekat untuk berjumpa dengannya. Jika dilihat pada rantau sini pada zaman sekarang, kebanyakkan umat islam di rantau sini sudah terlalu jauh dari kebenaran. Suatu saat kebenaran itu pasti akan datang.

Kita juga harus berwaspada. Ini kerana, orang-orang Yahudi senantiasa mencari akan keturunan dari ahlul bait ini. Mereka telah cuba menghapuskan keturunan ahlul bait yang terdapat di negara-negara lain seperti Iraq dan Afghanistan. Bagaiamana dengan rantau tanah Mlelayu dan Indonesia sekarang? Adakah suatu hari nanti rantau kita akan sama seperti yang dialami oleh Afghanistan?

Jadi memang negara Brunei terdapat ramai keturunan Ahlul Bait dari keturunan Saiyidina Hassan.

Jika memang benar...tak hairanlah Brunei sebagai negara yg berpegang kuat kepada ajaran islam selama ini diberkati dan aman sejahtera. kemungkinan akan lahir seorang pemimpin yg bergelar Imam Mahdi dari keturunan kesultanan Brunei. Wallahualam


baca selengkapnya...

SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR

Ertinya:
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu  Perbincangkan? ". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya,turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali ditimur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah tapi yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". (H.R Muslim)

Keterangan
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan
ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. Tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung
pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan
mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga
yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan
bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi
bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan
pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10.Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman(Syam).

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadishadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah beliau turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya"
baca selengkapnya...

Kisah Dajjal dari Tamin ad-Dari

Telah disampaikan kepada kami lbn Buraidah dan Amir bin Syurahbil asy-Sya’bi, kabilah Hamdan bahawa dia pernah bertanya kepada Fathimah binti Qais, saudara perempuan adh-Dhahhak bin Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama.
Amir berkata, ”Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah saw yang tidak engkau sandarkan kepada siapapun selain beliau. ”Fathimah berkata, “Jika engkau mahu niscaya aku Iakukan.Amir berkata, “Tentu, sampaikanlah kepadaku.” Fathimah berkata, ”Aku menikahi lbn al-Mughirah. Dia termasuk pemuda plihan kaum Quraisy ketika itu. LaIu dia terkena musibah pada permulaan jihad bersama Rasulullah saw. Ketika aku telah menjadi janda, aku dilamar oleh Abdur Rahman bin ‘Auf untuk salah seorang sahabat Rasulullah saw. Sementara itu, Rasulullah melamarku untuk maulanya, Usamah bin Zaid. Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa mencintaiku, maka hendaklah dia mencintai Usamah. Maka ketika Rasulullah saw bercakap kepadaku, aku berkata, “Urusanku ada di tangan Anda. Nikahkanlah aku kepada siapa saja yang Anda suka. Lalu Rasulullah saw bersabda. ‘Pindahlah kamu ke Ummu Syarik. ‘Ummu Syarik adalah perempuan kaya dan kalangan Ansar yang telah banyak membrikan sumbangan di jalan Allah dan disinggahi banyak tamu. Aku berkata, Aku akan melakukannya. Maka beliau bersabda. “Jangan engkau lakukan. Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang wanita yang banyak tamunya. Aku tidak suka kain tudungmu jatuh atau baju tersingkap dan kedua betismu sehingga kaum itu akan melihat auratmu. Tetapi, pindahlah ke putra pamanmu, ‘Abdullah bin Amr bin Ummi Maktum, seorang Ielaki dani Bani Fihr’, Fathimah pun pindah kepadanya.
Ketika masa iddahku berakhir, aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah saw. “Marilah solah berjamaah” Maka aku pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah saw. pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah selesai solat, Rasulullah saw, duduk di mimbar. Sambil tersenyum beliau bersabda. “Hendaklah setiap orang tinggal di tempat salatnya. ’Selanjutnya beliau bersabda,’ Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu? Mereka menjawab, “Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. ’Beliau bersabda, ’Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu semua tentang Dajjal.
Dia menceritakan kepadaku bahawa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lalu mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk­duduk di pantai dekat perahu. LaIu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.
Mereka berkata,
“Celaka kau, apakah kamu ini ?
Binatang itu menjawab.
‘Aku adalah mata-mata.’
Mereka bertanya,
‘Mata-mata apa?”
Dia menjawab,
‘Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kenana dia merindukan berita dan kamu’
Tamim ad-Dari berkata, Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan perempuan. Selanjutnya dia berkala, lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan, “Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Dia menjawab, ”kamu telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini ?
Mereka menjawab,”Kami adalah manusia dari Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulaumu ini. Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya. Kami bertanya, ”Celaka kamu, binatang apa kamu ini?” ”Saya adalah mata-mata.” “Mata-mata apa?” ‘Pergilah kepada orang yang berada di gua ini kerana dia sangat merindukan berita dari kamu.”
Maka kami pun segera mendapatkan kamu. Kami takut pada binatang itu dan kami tidak tenang jangan-jangan ia adalah syaitan betina. Orang itu berkata,”Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!”
(Baisan ialah negeri yang terkenal sejak dahulu kala. Negeri ini berada dekat Syam Lama dan merupakan salah satu kota di Palestin.)
Tentang apanya yang engkau nak tanyakan?”
“Aku bertanya kepada kamu apakah kurma berbuah?”
“Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah.’
Lalu dia berkata lagi.
“Beritahukan kepadaku tentang Tasek Thabaniyyah!”
(Tasik Thabariyyah adalah tasik besar. Panjangnya adalah sepuluh batu den /ebarnya enam batu. Tasek itu dalam dan dapat dilayari kapa/. Tetapi airnya semakin berkurangan. lkannya ditangkap daan airnya manis tawar. Jarak antara Tasik Thabariyyah dengan Bait al-Muqaddis lebih kurang 100 batu.)
“Tentang apanya yang engkau nak tanyakan ?
“Apakah tasik itu masih berair ?
‘Ya Tasik ilu masih banyak airnya.””Sesungguhnya air tasik itu hampir habis,”
Dia berkata,
“Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!”
(Mata air Zughar adalah nama seorang perempuan yang dinisbatkan pada mata air ini.)
“Mengenai apanya yang nak engkau tanyakan?” “Apakah mata air itu masih memancarkan air? Dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dan mata air itu?”
“Ya mata air itu masih memancarkan banyak air dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.” “Terangkan kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang dilakukannya?” “Dia telah keluar dari Mekah menuju Yatsrib,”
“Apakah orang-orang Arab memenanginya?”
Ya”
“Bagaimana caranya dia memperlakukan mereka7’ “Dia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya.”
“Apakah demikian?” “Ya”
‘Lebih baik bagi mereka untuk mengikutnya.
Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku ini adalah aI-Masih. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melalui sesuatu kampung melainkan aku tinggal selama 40 malam kecuali kola Mekah dan Thaibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap aku akan memasuki salah satu kota itu, aku dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di setiap celah kedua kota itu dijaga oleh para malaikat.”
Fathimah berkata, “Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah saw bersabda.”lni adalah Thaibah, yakni kota Madinah. lngatlah, apakah hal itu telah aku sampaikan kepada kamu?”
o r a n g r a m a i menjawab :”Benar.”
Nabi Muhammad saw bersabda,”Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu berada di Laut Syam atau di Laut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur.” Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.”Selanjutnya Fathimah berkata, ”Maka aku menghafalkan hadis ini dari Rasulullah.”
Kemudian Tamim ad-Dari pergi bersama kawan-kawannya dan tidak kembali lagi ke pulau itu. Kalaupun mereka berflkir untuk kembali ke pulau itu, mereka tidak akan dapat sampai ke pulau itu, walaupun mereka mempunyai pengalaman belayar. Sebab setelah peristiwa ini pulau tersebut menjadi jauh untuk sampai ke situ. Ombak-ombaknya digerakkan dengan kekuasaan Allah swt. Seakan-akan ombak itu sendiri adalah perahu yang bergerak di lautan. Allah menetapkan bahawa tidak ada seorang pun yang datang ke pulau itu setelah Dajjal ada di dalamnya.

Kisah dari Hikayat Tamim Ad-Dhari
“setelah itu maka Tamim ibn Habibul Dari pun masuklah ke dalam rumah itu.Maka dilihatnya seorang besar panjangnya sekira-kira sampai ke awan itu tingginyaButa matanya sebelah dan kenalah rantai pada tubuhnya dan kepada lehernya itu hingga sampai kepada kakinya,demikianlah halnya selama-lamanya.Maka dipanggilnya Tamim ibn Habibul Dari demikian katanya,”hai hamba ALLAH marilah kemari,aku menanti kedatangan engkau di sini.” Seraya katanya,”orang manakah engkau ini,kaum apakah engkau ini ?”
Maka katanya Tamim ibn Habibul Dari kepadanya seraya ia berkata,”Aku ini orang arab dan madinah nama negeriku itu dan bangsaku daripada kaum ansari.” “Maka datanglah ke sini,aku hendak bertanyakan khabar yg sah kepadamu.” Maka kata Tamim itu,” baiklah,tanyalah oleh mu.” Maka Dajjal itu bertanya, “Adakah lagi brdiri agama islam itu selama-lamanya? “Maka katanya pula oleh Dajjal itu kepada Tamim ibn Habibul Dari, “Hai orang arab ,Muhammad itu adakah lagi di dunia ?” Maka jawab oleh Tamim ibn Habibul Dari, “Akan Rasulullah s.a.w setelah sudah wafat.”
Maka berkata Dajjal,”Hai orang arab,sekarang ini siapakah khalifah ,kemudian daripada Raulullah itu? ” Maka jawab oleh Tamim itu, “Abu Bakar al-siddiq r.a menjadi khalifahnya. Demikian juga sedikit pun tiada berubah agama islam itu pada masa in,adanya Rasulullah s.a.w. “Maka di dengarnya kata Tamim ibn Habibul Dari yang demikian itu kepada Dajjal,ia pun menjadi kecillah tubuhnya lalu ia pun menangislah mendengar sebab kata Tamim yang demikian itu. Maka kata Dajjal kepada Tamim, “Hai orang arab adakah abu bakar itu lagi hidup di dalam dunia ini atau tiadakah? “Maka jawab oleh Tamim itu kepada Dajjal itu maka katanya, “Hai Dajjal adapun Amirulmukminin Abu Bakar al-siddiq r.a itu maka sudah kembalilah ke rahmatullah daripada negeri yg fana kepada negeri yg baka. “

Maka kata oleh Dajal kepada Tamim ibn Habibul Dari , “Hai orang arab,siapa pula lagi yang menggantikan Abu Bakar itu yang sudah wafat itu.Segala sekarang ini,siapalah yang menjadi khalifah yang di dalam negeri Madinah al-musyarfah itu ?” Maka jawab oleh Tamim kepada Dajjal itu, “Maka sekarang ini Amirulmukminin Sayyidina ‘Umar ibn al-Khattab yang menjadi ganti daripada Abu Bakar itu. Terlampaulah kerasnya ia menjadi ganti menjalankan daripada hukum syara’ daripada Rasulullah s.a.w. yang mendirikan agama islam itu pada masa ini.”
Demi didengar oleh Dajjal katanya pada Tamim ibn Habibul Dari itu maka Dajjal pun gementarlah tulang dan tubuhnya,segala sendinya itu seraya menangis dengan tangis yang maha sangat,Maka kata Tamim ibn Habibul Dari, ‘Hai orang yang dalam rantai,apalah mulanya tuan hamba menangis ini? ” Maka jawab Dajjal itu,”sebabnya hamba punmenangis itu kerana hamba takut kepada Amirulmukminin ‘Umar itu dan ialah yg membutakan mata hamba itu.” Maka bertanya pula oleh Tamim ibn Habibul Dari, “Hai orang yang di dalam kena rantai itu,siapa tuan hamba?” Maka jawab Dajjal itu, “Akulah Dajjal akhir zaman aku keluar.”Maka kata Tamim ibn Habibul Dari , “Bila kalanya engkau keluar? “Maka jawab Dajjal, “Apabila engkau keluar melihat perempuan naik kuda itu,maka inilah alamatnya tanda aku akan dari dalam penjara ini.” Maka kata pula Dajjal ‘alaihi la’nat itu katanya, “Hai hamba ALLAH sepeninggalan Rasulullah s.a.w. sahabat Rasulullah itu adakah berkelahi sama sendirinya?” Maka jawab oleh Tamim ibn Habibul Dari itu,”Tiada ada sahabat Nabi ALLAH itu berkelahi. ” Maka kata DAjjal, “Tiada berapa lagi nescaya keluarlah hamba daripada tempat ini.”
Maka kata Tamim ibn Habibul Dari serta dilihat dahi Dajjal itu maka diludahkannya muka Dajjal itu katanya, “Diamlah engkau hai syaitan di dalam rantai belenggu itu serta mengucapkan kalimah ‘la ilaha ilallah Muhammad Rasul Allah’.”Serta didengar oleh Dajjal kata Tamim ibn Habibul Dari yang demikian itu gemar segala tubuhnya seperti daun kayyu ditiup oleh angin yang keras itu.Demikianlah adanya dan kerdillah tubuhnya hingga hampir tiada kelihatan rupanya dan tubuhnya.Maka bertanya Dajjal itu kepada Tamim ibn Habibul Dari,”Adakah umat MUhammad itu berbuat dosa yang besar-besar itu? ” Maka jawab Tamim itu, “Dosa apa yg terlebih besar itu? “Maka kata Dajjal itu, “Adapun dosa terlebih amat besar tiu orang yang membunuh orang yang tiada sebenarnya dan berbuat zinah dan bidaah dan fitnah dan memakan riba ganda berganda dan mengambil arta anak yatim dan naik saksi dengan tiada sebenarnya dan meninggalkan sembahyang dan lagi tia mahu memberi zakat.”
Maka dijawab oleh Tamim ibn Habibul Dari, “Ada juga setengah orang yang ada berbuat yang demikian itu,”Maka demi di dengar oleh Dajjal itu akan kata Tamim itu demikian adanya maka tubuhnya besarlah rasanya,seraya katanya, “hampirlah masa aku akan keluar dari tempatku ini.”Serta dengan sukanya dan berseru-serulah ia dengan nyaring suaranya dan besarlah tempik dan soraknya itu seperti akan terus tujuh petala bumi.Demikian besar suaranya kerana terlalu suka mendengar orang berbuat dosa itu demikian bunyinya dengan sebabnya.
Setelah terdengar suara Dajjal itu kepada malaikat sekaliannya,maka datanglah seorang malaikat membawa satu tongkat daripada besi bernyala-nyala itu.Setelah sampai kepada Dajjal itu maka di palunya akan Dajjal itu dengan tongkat itu.Maka Dajjal pun marasai palunya malaikat itu pun diamlah serta mengecil akan dirinya,maka lalu kembali seperti sediakalanya,di dalam pada itu WalLahu a’lam bissawab.
baca selengkapnya...